Sunday, August 16, 2009

BORANG SAHAM WAKAF - SAHAM UNTUK AKHIRAT M/S 1

clik pada borang untuk besarkan untuk memudahkan dibaca.

BORANG SAHAM WAKAF - SAHAM UNTUK AKHIRAT M/S 2


BORANG SAHAM WAKAF- SAHAM AKHIRAT M/S 3


BORANG SAHAM WAKAF- SAHAM AKHIRAT M/S 4


Sunday, August 9, 2009

PENGENALAN SURAU ARRAHMANIAH

PENGENALAN SEJARAH SURAU AR-RAHMANIAH, TAMAN HARMONI.
Surau Ar-Rahmaniah Taman Harmoni adalah sebuah surau sementara yang telah di dirikan secara kerjasama dan gotong royong oleh penduduk Taman Harmoni.
Kesungguhan dan keazaman penduduk untuk mendirikan sebuah surau di mana masyarakatnya boleh berjemaah dan menjalankan aktiviti dakwah telah di berkati Allah di mana surau tersebut telah berjaya di siapkan.
Dengan pertambahan taman baru dan penduduk Islam di Taman Harmoni, pihak A.J.K surau telah bermesyuarat untuk membina sebuah surau yang baru untuk keselasaan para jemaah dan dapat menjalankan aktiviti/ program surau dengan lebih selesa.
YANG BERAT ITU AMANAH

VIDEO PELANCARAN PECAH TANAH SURAU ARRAHMANIAH

RAYUAN DERMA UNTUK MEMBIAYAI PROJEK PEMBINAAN SURAU AR-RAHMANIAH DI TAMAN HARMONI BANDAR TEKNOLOGI KAJANG SEMENYIH SELANGOR.

Assalamualaikum
Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
RAYUAN DERMA UNTUK MEMBIAYAI PROJEK PEMBINAAN SURAU AR­RAHMANIAH DI TAMAN HARMONI,SEMENYIH SELANGOR.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Surau Ar-Rahmaniah telah merancang untuk melaksanakan Projek Pembinaan Surau yang baru di atas tapak LOT 1005 Jalan Harmoni 10, Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang.
Sehubungan dengan itu dua buah Jawatankuasa Kecil telah di tubuhkan iaitu AJK Pembinaan dan Jawatankuasa Kecil Kutipan Derma.
Kami bagi pihak AJK Pentadbiran Surau Ar-Rahmaniah, ingin merayu kepada para muslimin dan muslimat agar dapat memberi sumbangan derma, wakaf, zakat serta apajua bentuk sokongan bagi membiayai dan menjayakan pembinaan surau baru Ar-Rahmaniah.
Projek pembinaan surau Ar-Rahmaniah yang baru adalah berasaskan kepada konsep surau sebagai Sebuah Madrasah Islam yang Moden, Pusat Komuniti Bersepadu bagi pelbagai kegiatan penduduk atau jemaah, iaitu tempat beribadah, pengajian ilmu, penyebarah dakwah dan disamping itu sebagai sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk masyarakat setempat khususnya serta masyarakat di persekitarannya. Oleh yang demikian anggaran perbelanjaan keseluruhan pembangunan tersebut memerlukan belanja sebanyak
RM 840,000. (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Empat Puluh Ribu).
Besarlah harapan kami agar Y.Bhg, Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian dapat memberi sumbangan dalam bentuk tajaan, Derma, Wakafzakat dan sebagainya bagi menjayakan Projek yang di rancangkan. Sumbangan boleh di buat secara tunai, cek berpalang atau secara "on line" kepada akaun;
TABUNG PEMBINAAN SURAU AR-RAHMANIAH, Akaun Semasa No: 562414005431 MayBank Islamic Kajang Prima.
Bersama-sama surat ini kami sertakan surat kelulusan mengutip derma dari MAIS. Segala sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

FROFILE LENGKAP SURAU ARRAHMANIAH INI SILA CLIK LINK WEBSITE: www.surauarrahmaniah1005.webs.com